Pengenalan Klinik Amal Siti
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah subhanahuataala, selawat serta salam buat baginda Rasulullah S.A.W utusan agong dari maha berkuasa.
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Semoga tuan puan para pembaca diberi iltizam dan lorongan dalam terus membaca penulisan saya.
baiklah, kita mulakan. Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi maklumat, menyatakan dasar dan polisi, kaedah dan cara selain memberi peluang tuan puan pembaca untuk mengambil bahagian dalam tawaran perkhidmatan fokus kepada Klinik Amal Siti.
Apa itu Klinik Amal Siti?
Klinik Amal Siti adalah sebuah pusat jagaan kesihatan swasta yang bertempat di no 5, Jalan Nirwana 35, AMPANG, Selangor. Untuk maklumat Tuan Puan, Objektif penubuhan klinik ini adalah untuk menyediakan perkhdimatan jagaan kesihatan atau dalam bahasa mudahnya klinik swasta dengan harga yang amat berpatutan, terutama untuk ibu mengandung yang memerlukan khidmat antenatal bermula dari membuat pengesahan kehamilan hingga ke perkhidmatan ultrasound untuk mendapatkan imej kandungan dalam bentuk 2D, 3D, 4D dan 5D. Selain dari itu, kami juga menawarkan perkhidmatan detail scan.
Antara servis yang lain adalah:-
* Saringan kesihatan
* Rawatan ibu mengandung (buku pink disediakan)
* konsultasi kecantikan
* saringan dan rawatan kesihatan wanita
* perancang keluarga (pil, depo injection, implanon)
* ultrasound / scan 2d 3d 4d 5d
* vaksin kanak-kanak (vaksin wajib dan tambahan)
* vaksin dewasa (umrah/haji, thyphoid, pneumococcal, influenza)
* fomema
Waktu beroperasi klinik adalah seperti dibawah:-
Isnin-Jumaat: 9.00am-9.00pm
Sabtu: 9.00am-2.00pm
Ahad: 3.00pm-9.00pm
Tel: 03-92022636
Fb: https://www.facebook.com/clinicamalsiti
Comments
Post a Comment